Friday, September 3, 2010

KERANA MENGINGATI ALLAH...

MESTI BERMUJAHADAH MENGAMALKAN KEBAIKAN!!!

Revolusi Dalam Hiburan

video
Persembahan bertenaga oleh kumpulan Ruhul Jadid ketika live concert for Palestinian charity di Universty of Indonesia. Saksikan..

Rabithah By Izzatul Islam

video

Jom sama-sama kita hayati lirik lagu ini..
"Semusim Bersama, Seabad Terasa"

Thursday, September 2, 2010

Kerajaan Lulus Empat Lesen Takaful Keluarga

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kementerian Kewangan telah meluluskan pengeluaran empat lesen takaful keluarga, tambahan dua lesen lagi berikutan permohonan yang memberangsangkan daripada para peserta industri tersebut.

Lapan entiti bergabung yang berjaya memperoleh lesen tersebut ialah American International Assurance Bhd. (70peratus) dan Alliance Bank Malaysia Bhd. (30peratus) serta AMMB Holdings Bhd. (70peratus) dan Friends Provident Group plc, UK (30peratus).

Turut menerima lesen tersebut ING Management Holdings (M) Sdn. Bhd. (60peratus), Public Bank Bhd. (20peratus) dan Public Islamic Bank Bhd. (20peratus) serta The Great Eastern Life Assurance Company Ltd. (70peratus) dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. (30peratus).

Kelulusan pemberian lesen itu mengikut Akta Takaful 1984.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pihaknya menerima banyak permohonan untuk mendapatkan lesen tersebut sejak pengumuman pengeluaran dua lesen takaful keluarga di bawah liberalisasi sektor perkhidmatan dibuat pada 27April lalu.